SETAHUN berehat daripada dunia nyanyian, kemunculan penyanyi Dwan Olan dalam program Jom Santai X Syahmi Sazli di Klang, Selangor pada 25 Julai lalu mengundang perhatian ramai, terutama peminat yang prihatin terhadap keadaan kesihatan dialaminya.
Lebih menyentuh hati apabila isterinya, Zarina Anuar, 54, turut naik ke pentas bagi memaklumkan keadaan suaminya selain mendapatkan sumbangan bagi menampung kos rawatan suaminya yang berdepan dengan penyakit kulit di seluruh badan.
Berkongsi keberanian yang dimiliki ketika itu, Zarina mengakui dia mengetepikan segala perasaan segan dan malu untuk tampil ke pentas demi membantu Dwan atau nama sebenarnya Mohd Radzuan Yasin, 64, mendapatkan rawatan.

Zarina sangat berterima kasih dengan bantuan Syahmi (kiri).






