PERSONALITI media sosial, Boss James mencuri perhatian ramai apabila meminta pengacara Hawa Rizwana membacakan doa makan sebelum dia menikmati juadah sahur.
Momen itu dikongsikan menerusi sebuah video di media sosial miliknya [Tonton sini] sehingga meraih pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai cukup romantis.
James atau nama sebenarnya James Lee, 34, dilihat mendengar bacaan doa makan daripada Hawa sambil menadah tangan sebelum menjamah makanan.

Boss James dan Hawa sudah lebih sebulan berkawan rapat.






