PENYANYI Linda Rafar tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak apabila anak sulungnya, Rezaril Keifli meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga selepas 26 tahun membesar di sisi keluarga.
Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata berita yang disampaikan anaknya yang mesra disapa Aril itu bukan sahaja mengundang kesedihan dalam dirinya, malah turut membuatkan adik-adik Aril menitiskan air mata.
Kata Linda, Aril memaklumkan hasrat untuk berkahwin pada Januari lalu, sekali gus menjadi momen penuh emosi buat mereka sekeluarga yang sememangnya mempunyai hubungan rapat.







