BAGI menjamin masa depan anak-anak, pengacara Uyaina Arshad mengambil pendekatan memberikan kesedaran kewangan kepada ibu bapa.
Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, berpandangan ibu bapa yang celik pengurusan kewangan wajar memulakan langkah awal dengan menyediakan simpanan serta perlindungan mencukupi untuk anak-anak sejak kecil.
Justeru itu, Uyaina berkata dia sudah membuka akaun simpanan dan pelaburan seperti Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Lembaga Tabung Haji serta kad perubatan untuk semua anaknya.

Perkongsian Uyaina yang dimuat naik di Threads miliknya.





