PENGACARA Uyaina Arshad berkongsi detik cemas satu kejadian berlaku kepada ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Menurut Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, kejadian pada malam Jumaat itu seolah-olah seperti babak dalam filem di mana pasukan polis mengejar penjenayah.
Katanya suspek berkenaan dikatakan melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki ibu bapanya dengan kelajuan tinggi.

Uyaina bersyukur kerana ibu bapanya selamat dalam kemalangan jalan raya.





