PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza buat dirinya apabila perlu lebih berhati-hati kerana baharu menyambut kehadiran anak ketiga.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, berkata dia tetap menerima tetamu yang berkunjung ke rumah, namun akan berterus terang lebih awal supaya tidak mencium bayinya itu bagi mengelakkan sebarang kemudaratan.
"Tahun ini mungkin sedikit lain kerana ada bayi, jadi saya tak nak terlalu keluar sangat dan tidak juga menyekat tetamu yang datang.

Uyaina fokus kepada kesihatan bayi.






