PENDAKWAH Ustazah Asma’ Harun menyambut baik tindakan Universal Music Malaysia (UMM) yang menurunkan video muzik (MV) terbaharu kumpulan Dolla berjudul Question daripada semua platform digital.
Asma berkata, dia percaya keputusan itu bukan sesuatu yang mudah memandangkan ia melibatkan kos produksi yang besar, namun wajar dipuji kerana mengambil kira sensitiviti masyarakat.
"Keputusan dan tindakan ini bukan mudah, ia melibatkan kos produksi yang besar, masa, tenaga dan kerugian yang bukan sedikit. Namun pihak syarikat tetap memilih untuk mendengar suara rakyat Malaysia dan bertindak dengan penuh integriti.

Hantaran Asma berkenaan tindakan UMM menurunkan video.






