PENDAKWAH bebas Ustaz Don Daniyal tampil mempertahankan diri selepas khidmatnya sebagai pengacara program Salam Baitullah yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditamatkan serta merta.
Menafikan dia menyebut hadis palsu dalam topik siaran berkenaan, Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, mendakwa stesen tersebut hanya mendengar pendapat melalui satu pihak sahaja.
“Mereka hanya mendengar pada satu pihak sahaja dan mereka beri reaksi berdasarkan pihak sana sahaja. Sedangkan saya dah berjumpa pihak autoriti, mestilah saya berpegang dengan apa yang mereka pesan.
Perkongsian Don merujuk kepada kitab.