PENYANYI, Usop meluahkan rasa kecewa terhadap industri muzik tanah air apabila terdapat beberapa pihak mengangkat pempengaruh media sosial yang menceburi bidang tersebut.
Usop atau Muhamad Saiful Naim Mohd Noor, 25, berkata, ia tidak adil memandangkan dia sendiri tidak melalui jalan mudah bergelar penyanyi.
“Sekarang senang nak naik (jadi artis). Dulu saya pergi uji bakat. Pukul 6 pagi pergi, habis pukul 2 pagi esoknya. Penat.
Usop akui bahawa bukan mudah untuk dirinya menempa nama dalam industri.