BANYAK bersabar dan beralah dengan pasangan antara rahsia rumah tangga usahawan sensasi Liana Rosli bertahan selama 22 tahun.
Liana atau mesra disapa Kak KM berkata, dia mengamalkan perkara itu kerana sedar seorang lelaki mempunyai perangai tersendiri.
Bagaimanapun kata Liana, seorang suami juga sebenarnya perlu beralah dan mendengar cakap isteri sekiranya bagi mencapai titik keharmonian dalam sesebuah rumah tangga.

Liana bahagia bersama suami dan anak-anak.






