Hiburan

Usahawan bayar zakat RM702,000, kecewa nama tiada dalam senarai antara penyumbang tertinggi kepada LZS

USAHAWAN Datuk Dr Azril Mohd Radzi meluahkan rasa terkilan apabila namanya dilaporkan tercicir daripada senarai penyumbang zakat perniagaan tertinggi yang dikeluarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut Azril, 39, pada awalnya dia teruja kerana buat kali pertama mahu berkongsi mengenai jumlah zakat yang dibayar syarikatnya, namun hampa apabila tidak tersenarai dalam siaran media pihak berkenaan.

"Jujur memang saya kecewa sebab sebelum ini saya bayar zakat di negeri Perlis dan merupakan antara pembayar tertinggi, tapi tak pernah dedahkan perkara itu.

Azril merupakan antara penyumbang zakat perniagaan tertinggi sebelum ini di negeri Perlis.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh