PELAKON Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan usahanya menyediakan hidangan buat keluarga hanya kerana dia mempunyai lima pembantu rumah.
Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, dia terkilan apabila ada pihak memandang rendah terhadap usahanya di dapur dan menganggap ia bukan sesuatu yang besar meskipun memiliki pembantu rumah.
“Baca komen dekat bawah ini semua, ramai wanita memandang rendah terhadap saya, mengatakan saya ada ramai pembantu di dapur jadi ia ‘bukanlah perkara besar’.

Perkongsian Intan di Threads miliknya.





