IMPIAN usahawan Datin Seri Nur Shahida memiliki kereta jenama Mercedes-Benz GLC 300 akhirnya tercapai apabila suaminya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menghadiahkan kenderaan tersebut kepadanya pada Khamis.
Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, menghadiahkan kereta dianggarkan berharga RM400,000 itu sebagai menghargai usaha keras Shahida melakukan video siaran langsung di media sosial setiap hari bagi mempromosikan produk keluaran syarikat mereka.
Gembira dengan hadiah tersebut, Shahida, 39, berkata, dia sudah lama mengimpikan kereta tersebut dan kenderaan itu lebih selesa berbanding kenderaan lamanya.

Shahida menerima kejutan daripada Aliff (kiri).






