PELAKON Uqasha Senrose terpaksa mencari pakaian baharu buat anak tunggalnya, Hawra Uqaira pada saat akhir selepas busana raya yang dibeli bekas suaminya iaitu aktor Kamal Adli tidak muat.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata, baju yang dibeli Kamal terlalu besar memandangkan Uqaira belum memasuki usia dua tahun.
"Saat akhir cari baju raya Uqaira. Dua hari lepas sebelum ayah (Kamal) balik kampung, ayah bagi baju raya Qeeya (Uqaira) saiz tiga dan empat.
Luahan Uqasha dalam Instastorynya pada malam Jumaat.

Kamal dan Uqasha sah bercerai pada 12 Januari lalu. 



