PELAKON Uqasha Senrose tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang empat tahun berkahwin dengan Kamal Adli.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkata selama ini dia memilih untuk berdiam diri demi menjaga aib dan maruah suaminya, namun tekanan yang ditanggung memaksanya bersuara.
"Selama ini saya diam. Saya tak nak cakap benda betul. Saya cuba nak beritahu yang saya nak berpisah dengan cara baik sebab saya tak nak dedah benda betul. Saya nak jaga lagi air muka dia.







