PENYANYI Ameng Spring menerima kejutan istimewa daripada anaknya, Ammar Haikal apabila dihadiahkan sebuah telefon bimbit baharu jenama iPhone 16 Plus.
Terharu menerima hadiah berkenaan, Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail, 57, berkata ia dibeli hasil daripada gaji pertama anaknya itu.
Kata Ameng, Ammar berniat membelikan telefon bimbit baharu itu setelah melihat kualiti siaran langsung (live) di TikTok bapanya kurang jelas sebelum ini.

Ameng terharu menerima hadiah iPhone daripada Ammar.






