KUALITI barisan pengulas yang digunakan Unifi TV sepanjang liputan Piala Dunia 2026 menjadi perhatian peminat bola sepak apabila penonton meluahkan rasa kurang puas hati di media sosial.
Mengulas perkara itu, Ketua Kandungan Bahasa Melayu Unifi TV, Emarina Kamal menegaskan bahawa penggunaan pengulas berkenaan bukan dibuat secara sewenang-wenangnya seperti yang didakwa segelintir pihak.
Sebaliknya, liputan Piala Dunia 2026 yang disiarkan merupakan hasil kerjasama penerbitan antara Unifi TV dan RTM.

Unifi TV berkolaborasi dengan RTM siar World Cup 2026.





