ISU tuntutan bayaran melibatkan UNIC memberi pengajaran besar kepada anggota kumpulan itu agar lebih berhati-hati dalam mengendalikan sebarang urusan kerja pada masa akan datang.
Menurut Bazli Hazwan Che Osman, 42, mereka kini lebih berwaspada setiap kali menerima tawaran untuk mengadakan konsert susulan pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini.
"Trauma itu memang ada, tapi setiap masalah itu satu pembelajaran dan pengalaman apabila berjumpa dengan orang baharu. Kami semua dapat ilmu daripada kejadian itu.
Fitri selaku ketua UNIC membuat laporan polis berkaitan isu bayaran tertunggak.






