VOKALIS Ungu iaitu Pasha mengakui sambutan hangat yang diterima peminat di Kuala Lumpur membuatkan kumpulan itu tidak pernah jemu untuk melakukan konsert di Malaysia.
Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said, 44, berkata, hampir setiap persembahan yang dilakukan di negara ini pasti menerima sokongan kuat daripada peminat setia mereka.
“Alhamdulillah sepanjang Ungu melakukan konsert di Kuala Lumpur, boleh dikatakan hampir tidak pernah gagal daripada mendapat sambutan peminat.
Ungu menerima sambutan hangat peminat di Malaysia.