SOKONGAN peminat menjadi pendorong buat penyanyi Hussain bersaing di pentas Big Stage X Rocketfuel apabila diberi peluang sebagai peserta ke-11.
Menurut Hussain, 23, undian tinggi yang diterimanya membuktikan ramai peminat merindui nyanyiannya, sekali gus menyuntik semangat untuk memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan.
“Bila tengok ramai yang mengundi nak saya masuk semula dan ada yang rindu dengan suara saya, jadi saya rasa masih ada yang ingat saya. Tanpa mereka, tiadalah saya.

Hussain hargai peminat yang menyokong.
Hussain mampu beri persaingan dari segi vokal.



