BAGAI mimpi jadi realiti, penyanyi dan komposer, Yonnyboii tidak menyangka impiannya untuk bekerjasama dengan penerbit muzik ikonik, Malique akhirnya menjadi kenyataan menerusi lagu terbarunya berjudul Tanya Tuhan.
Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 27, berkata, dia selama ini hanya mampu mengagumi figura seni itu dari jauh, namun kini diberi peluang untuk berkongsi karya bersamanya.
"Memang saya tak sangka dapat bekerjasama dengan Malique. Dia adalah satu daripada impian dalam senarai wajib capai saya.

Yonny akui banyak momen berharga sepanjang hasilkan lagu Tanya Tuhan.







