HANTARAN terbaharu isteri pertama kepada personaliti media sosial Ahmad Aslam iaitu Umisya Mazlan kembali mencuri perhatian netizen.
Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, penampilan Umisya yang mengenakan busana serba marun mengundang pelbagai spekulasi termasuk dakwaan dia kini sedang berbadan dua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar segala urusan kehamilan serta proses bersalin anak keempatnya dipermudahkan.

Hantaran Umisya undang perhatian ramai.






