DALAM kesedihan, penyanyi Uji Rashid reda akan pemergian anak tercinta, Allahyarham Cico Harahap yang meninggal dunia pada pagi Ahad.
Kata Uji atau Fuziah binti Haroun Al Rashid, 73, tidak mudah untuk menerima hakikat anak yang telah dijaga selama 48 tahun pergi buat selamanya.
"Saya ada bercakap dengan rakan, saya beritahu tak boleh terima. Tapi dia kata kena reda. Ini adalah pinjaman Tuhan. Saya ingat semua kata-kata itu dan menerimanya.






