PELAKON Tya Arifin memaklumkan selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada pukul 11.11 malam Jumaat.
Tya atau Nurtria Wulandri Arifin, 30, meluahkan rasa syukur kerana selamat melahirkan bayi perempuan secara normal.
“Alhamdulillah, masya-Allah tabarakallah bayi kami yang ketiga telah lahir dengan selamat secara normal,” katanya.

Tya selamat melahirkan bayi perempuan secara normal.





