PELAKON Tya Arifin dan suami Asyraf Jiwa memaklumkan mereka bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.
Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin, 30, meluahkan rasa syukur selain berharap segala urusan dipermudahkan sehingga hari kelahiran anaknya itu.
“Alhamdulillah Masya-Allah. Doakan semua semoga dipermudahkan dilancarkan dan penting sihat nantinya. Insya-Allah,” tulisnya.

Tya dan suami teruja timang anak perempuan lagi.





