PIHAK TV3 mendengar khabar angin penarikan lagu Budi daripada menyertai Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM38) pada Ahad lalu namun hanya menerima surat rasmi mengenainya empat hari kemudian.
Penerbit Eksekutifnya Muhamad Sufian Isa berkata, notis singkat itu menyebabkan mereka gagal mencari karya lain bagi menggantikan tempat berkenaan.
“Pada mereka yang telah terpilih ke separuh akhir, amat dukacita buat kami apabila mereka menarik diri dengan alasan tertentu.

Lagu Budi merupakan nyanyian bersama Sufian, Luca Sickta dan Kmy Kmo.






