PELAKON Nabila Huda menulis luahan secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menggesa tindakan tegas terhadap kesalahan melibatkan kekejaman terhadap haiwan.
Menurut Nabila atau mesra disapa Abil, 42, isu berkaitan penderaan haiwan harus dipandang serius kerana ia juga mencerminkan nilai dalam masyarakat sesebuah negara.
“Hati dan jiwa kami remuk setiap kali tengok haiwan didera, diseksa dan dibunuh dengan begitu kejam. Sampai bila mereka perlu menderita tanpa pembelaan?

Luahan Abil di Threads miliknya.






