SUSULAN tular video yang memaparkan babak seolah-olah mahu mencium aktor Farihin, pelakon Zairi Aziz mengaku perkara itu meninggalkan kesan besar terhadap kesihatan mentalnya.
Zairi, 23, berkata sejak babak berkenaan tular dan disensasikan di media sosial, ia sedikit sebanyak mencalar imej diri dan nama keluarganya.
“Saya daripada kecil memang dididik untuk jaga nama. Apabila benda macam ini keluar, risau juga kalau imej keluarga tercalar.

Aksi yang tular sebelum ini di media sosial.






