PELAKON dan pengarah Ellie Suriaty tampil mengulas isu tular melibatkan kecuaian pihak produksi filem Telaga Suriram yang didakwa memaparkan kelibat kru penggambaran dalam salah satu babak karya arahan Osman Ali itu.
Menurut Ellie, 55, perkara tersebut dianggap sebagai kesilapan biasa yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan perlu dijadikan pengajaran buat semua pihak produksi.
"Biasalah, kesilapan manusia. Kita belajar daripada kesilapan. Saya bukan salahkan pengarahnya Osman Ali, tapi pada saya sebagai pengarah atau pelakon kita semua patut lebih peka," katanya kepada mStar.

Ellie dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Wanita menerusi filem berkenaan.






