PENYANYI Ernie Zakri mampu menarik nafas lega seusai tamat membuat persembahan melalui lagu Astana di Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) pada petang Sabtu.
Kata Ernie, kehadiran dan perjuangannya mempersembahkan lagu tersebut adalah demi peminat yang sudah mengundi lagu berkenaan menerusi carta Muzik-Muzik.
“Alhamdulillah sudah tentu saya berasa lega dan sebenarnya saya buat persembahan ini demi peminat yang sama-sama berjuang untuk lagu Astana,†katanya kepada mStar.







