DITUDUH kehidupan ditaja oleh seorang ‘sugar mummy’, pelakon dan penyanyi Fikry Kiki berharap fitnah itu dapat dihentikan.
Sedar diri tidak sepopular artis lain, Fikry atau Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad, 20, dia masih mampu membezakan pahala dan dosa malah mengingati pesanan ibu bapanya menjauhi kegiatan tidak bermoral.
Aktor itu juga memberitahu dia tidak sanggup menggadai maruah diri semata-mata mahu hidup senang lenang demi menjalani hidup mewah.

Fikry dan Bulan hanya rakan kongsi dalam perniagaan semata-mata.






