PENYANYI Tomok menghormati keputusan bekas pemain bass kumpulan New Boyz iaitu Syuk yang menolak pelawaan untuk kembali bersama kumpulan itu bagi menjayakan konsert mereka pada 5 Disember nanti.
Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 42, berkata pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mengajak Syuk berkumpul semula, termasuk berkunjung ke kediamannya, namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil.
Menurutnya, hubungan mereka masih baik walaupun sudah lama tidak bertemu dan terputus hubungan.

Syuk antara ahli terawal kumpulan New Boyz.






