GARA-GARA mengenakan baju tanpa lengan, penyanyi Tom dikritik netizen tidak melakukan pantang dengan baik selepas melahirkan anak keempatnya pada Februari lalu.
Menyangkal dakwaan itu, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, sebaliknya menjelaskan dia mengikuti tempoh berpantang dengan baik malah suaminya, Fuad Rahman turut mengupah bidan bagi menjaganya di rumah.
Namun dia mudah berasa rimas apabila jika memakai baju berlengan panjang yang dipercayai bagi mengelak angin masuk ke dalam badan.







