TINGGAL beberapa jam sebelum hari ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) berlangsung, penyanyi Sufian Suhaimi membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri.
Sufian, 31, yang sepatutnya mempersembahkan lagu berjudul Budi berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Ahad.
Bagaimanapun penyanyi itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai keputusan dibuat sebaliknya hanya berterima kasih kepada peminat.

Sufian kongsi khabar sedih di media sosialnya.





