SELEPAS tiga tahun bergelar ibu tunggal, bekas isteri pengarah Aziz M Osman iaitu Puteri Lily Lokman akhirnya kembali mendirikan rumah tangga pada 14 Februari lalu.
Berkongsi berita gembira itu dengan penuh rasa syukur, Puteri Lily, 35, mengakui bukan mudah untuknya membuat keputusan tersebut.
Kata Puteri Lily, tempoh tiga tahun hidup sendiri memberi ruang untuknya menyesuaikan diri serta memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak.

Lily (kanan) berharap agar kehidupan baharunya dipermudahkan.





