PERINGKAT separuh akhir program Famili Duo musim ketiga (FD3) membuat kejutan apabila memperlihatkan tiga pasangan tersingkir sekali gus gagal mara ke final minggu hadapan.
Tiga pasangan duo yang mendapat markah terendah adalah Shila Amzah dan Syahir Amzah, Tom dan Fuad Rahman serta Ryan Bakery dan Adam Bakery.
Manakala tiga lagi pasangan yang mara ke peringkat akhir adalah Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi, Sharif dan Syaiful serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran bakal berentap merebut gelaran juara.
Adira bersama hadiah kemenangan mereka.