TIGA lagu nyanyian Khai Bahar berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-38 (SFMM38).
Lagu-lagu tersebut adalah Oh! Wanita termasuk dua lagu duet Kaulah Syurga nyanyian bersama Lia Aziz dan Selagi Ku Ada (Nabila Razali).
Manakala tiga penyanyi lain turut melepasi ke peringkat separuh akhir menerusi dua buah lagu iaitu Shiha Zikir (Tusuk dan Kalam), Marsha Milan (Ilusi dan Darah) serta Haqiem Rusli (Aku Dan Perasaan dan Di Sebalik Rahsia).