DIDATANGI arwah suami dalam mimpi, penyanyi Ina Naim dilihat tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kerana kerinduan mendalam itu.
Cerita Ina atau Nordiana Mohd Naim, 41, dia bermimpi bertemu Allahyarham Suhaimi Saad selama tiga hari berturut-turut ketika sedang demam.
“Selama kak Ina demam tiga hari, tiga hari berturut-turut itulah saya mimpikan arwah. Tapi, saya dah cerita dengan abang Khairul (suami) juga.

Ina mengalirkan air mata selepas mengucapkan kata rindu terhadap arwah suaminya.





