KESAN mengamalkan diet serta melakukan aktiviti senaman secara konsisten dalam tempoh tiga bulan, penyanyi Ariff Bahran berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.
Menurut Bahran atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 26, dia sangat menjaga pemakanan dan tidak mengambil hidangan berunsur nasi sepanjang tempoh tersebut.
“Syukur sekarang ini ada juga nampak perubahan dan ramai yang sudah menegur. Berat badan sebelum ini 87 kilogram dan saya berjaya turunkan sebenyak 10 kilogram.
Bahran konsisten menjaga pemakanan.