PENYANYI Haqiem Rusli berkongsi dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram menerusi kaedah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.
Secara ringkas, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 28, memberitahu dia mengamalkan gaya pemakanan sebegitu hanya dalam tempoh tiga bulan.
Menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya, penyanyi itu secara berseloroh turut mengajak orang ramai mencuba cara sama dalam usaha mendapatkan berat badan yang diingini.

Perubahan berat badan Haqiem sebelum (kiri) dan selepas mengamalkan diet.






