LEBIH 32 tahun bergelar penghibur, penyanyi Sharizan Borhan tidak kisah sekiranya perlu memulakan kariernya kembali seperti pendatang baharu yang lain.
Sharizan, 51, berkata dia juga tidak pernah lelah dalam memperkenalkan dirinya kepada peminat yang baharu walaupun pelbagai karya sudah dihasilkan sebelum ini.
Biarpun lama menyepi, baginya tiada alasan untuk mengalah dalam memperkenalkan kembali nama serta hasil karya sendiri.

Setiap Detik ubati rindu peminat pada Sharizan.






