PASANGAN penyanyi Syamel dan Ernie Zakri menganggap lambakan lagu raya yang dilancarkan sempena sambutan Syawal tahun ini sebagai satu perkara biasa dalam industri seni.
Menurut Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, ia bukanlah satu isu besar selagi karya yang dihasilkan masih menghormati bulan Ramadan.
"Tidak dinafikan, Ramadan kali ini ramai artis melancarkan lagu raya. Ada yang berpendapat tindakan itu kurang sensitif kerana belum tiba Syawal, lagu raya sudah berkumandang di sana sini.

Syamel dan Ernie akan berhati-hati dalam promosi lagu raya supaya tidak melampaui batas.






