PEMERGIAN ibu bapa tercinta nyata masih meninggalkan kesan mendalam buat pelakon Siti Hariesa yang memilih untuk menyambut ulang tahun kelahirannya ke-28 dengan mengadakan majlis doa selamat dan tahlil pada Sabtu lalu.
Berbanding meraikan hari istimewa itu dengan sambutan meriah, Hariesa atau Siti Hariesa Muhammad Hanafi berkata dia lebih selesa mengisinya dengan doa serta mengenang kasih sayang ibu bapanya yang telah lama pergi menghadap Ilahi.
"Hari lahir yang dipenuhi doa, kenangan dan kerinduan. Daripada meraikannya dengan penuh kemeriahan, saya penuhi rumah dengan doa, sebuah majlis doa selamat dan tahlil yang lebih bermakna daripada apa-apa acara sambutan.
Hariesa tidak lupa mendoakan buat arwah ibu dan bapanya.

Hariesa tidak lagi menganggap acara meriah meraikan hari lahir sebagai satu keperluan.



