VOKALIS Kristal X iaitu Lan menegaskan pemilihan nama kumpulan itu dicadangkan sendiri oleh peminat menerusi tinjauan di media sosial.
Kata Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 40, keputusan tersebut dibuat bagi menghargai peminat yang menyokong mereka untuk kembali semula ke arena muzik.
“Sebelum ini kami mula dengan jenama X band dahulu tapi dalam penilaian dan survey yang kita lakukan ramai peminat sukakan nama Kristal X.