KETIKA usia sudah menginjak 74 tahun, pelakon Kismah Johar masih belum terfikir untuk berehat dan meletakkan titik nokhtah pada kerjaya seni.
Masih aktif menerima tawaran, Kismah memberitahu minat yang mendalam terhadap dunia lakonan membuatkan dirinya nekad untuk terus menyumbang bakat kepada industri seni.
Apatah lagi sebelum ini dia pernah memperlahankan kerjaya selama hampir 10 tahun ketika memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Artis Veteran Malaysia.

Kismah mahu terus aktif berlakon.






