BEKAS suami kepada pelakon dan usahawan Syida Melvin iaitu Syafiq Azim tidak pernah menyesal mendirikan rumah tangga bersama wanita berkenaan walaupun perkahwinan mereka berakhir selepas tujuh tahun.
Syafiq atau Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, menyifatkan Syida seorang wanita yang baik sepanjang mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
"Syida seorang wanita yang baik. Sepanjang perkahwinan kami, tiada apa yang saya kesalkan.







