DIKHUATIRI sel barah menular dan menjadi lebih teruk, bekas vokalis Jinbara iaitu Tia memerlukan sebanyak RM250,000 untuk melakukan pembedahan pemindahan hati dengan kadar yang segera.
Menurut isterinya iaitu Suzan Ahmad, sekiranya dana tersebut tidak dapat dikumpulkan secepat mungkin akan menyebabkan kanser hati yang dihadapi Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, semakin melarat.
Katanya, pembedahan tersebut adalah jalan terakhir bagi Tia memandangkan hatinya tidak boleh lagi berfungsi seperti biasa.
Tia Jinbara hanya boleh melakukan pembedahan di India.