BUAT pertama kalinya kumpulan rock popular dari Thailand, Three Man Down, bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 5 September depan.
Konsert anjuran Yolo Malaysia itu akan berlangsung di Odeon KL dan menjadi antara acara muzik paling dinantikan peminat kumpulan tersebut.
Sambutan luar biasa turut dibuktikan apabila tiket bagi kategori Premium Seats dan Cat 2 telah habis dijual sejak awal dibuka secara atas talian.

Three Man Down akan dendangkan lagu-lagu popular mereka buat peminat Malaysia.





