TERPIKAT dengan ‘pickup line’ membuka hati ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Menurut Fauziah, 57, dia bersetuju dengan lamaran Brigedier Jeneral Zainal Abdin Mohammad Salleh, 55, selepas sebulan berkenalan.
“Saya terpikat dengan senyumannya. Kedua mungkin dia suka buat pickup line. Dia paling power bagi pickup line.






