PESERTA Big Stage X Rocketfuel, Sufie Rose yang tersingkir pada malam Ahad akan kembali menjalankan tugas hakikinya sebagai pekerja hotel sementara menanti perancangan seterusnya bersama label Rocketfuel Entertainment.
Sufie atau Sufia Arissya Suhaimi, 25, berkata sepanjang menyertai pertandingan itu dia diberikan cuti oleh majikannya dan bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada tempat kerja.
“Saya sekarang di bawah label Rocketfuel jadi perancangan seterusnya belum diketahui lagi.







